1. POSISI MENENTUKAN PRESTASI
Wah, sesi kelas bersama dengan pensyarah gatal bakal bermula. Kalau korang tidak mahu menjadi buah mulut teman sekelas, datanglah lebih awal ke kuliah dan pilih tempat duduk yang jauh sedikit daripada pensyarah. Tidaklah dia seolah-olah memberi perhatian daripada kamu seorang sahaja. Takut ada yang boleh kesan menerusi eye contact. Kalauperlu, duduklah di dalam kalangan teman-teman lelaki. Hah, kalau ada bodyguard, barulah sikap mengatalnya itu terkurung.
2. DRESS TO IMPRESS?
Seperti mata lelaki melilau melihat aksi-aksi pakaian perempuan yang terdedah, itu tidak terkecuali berlaku pada pensyarah korang. Sebaiknya, datanglah ke kuliah dengan pakaian yang sesuai. Takut nanti korang malu akibat menjadi buah mulut teman sekelas. Tidak perlulah berpakaian untuk mengambil hati sesiapa. Pakailah sesuatu dengan niat untuk menuntut ilmu. Lebih tertutup kan nampak lebih manis*kenyit mata* ;)
3. TETAP SOPAN
Seramah atau segatal mana pun pensyarah korang, jangan sesekali bercakap kasar dengan mereka. korang harus pandai untuk mengawal situasi berikut. Jangan biarkan pensyarah tersinggung dengan kata-kata kamu. Apa yang lebih baik, jika mahu berjumpa secara peribadi, ajaklah seorang dua teman untuk menemani korang.
okay itu je untuk tips hari nie. esok saya update lagi okay :)
arie brody
No comments:
Post a Comment