Runway

Thursday, March 31

RAHSIA RAMBUT LELAKI SIHAT =)


Dalam soal penjagaan rambut dan kesihatan rambut, lelaki perlu teliti memilih produk yang sesuai. Ini kerana setiap orang memiliki kulit kepala yang berbeza-beza. Amat penting untuk kita memilih dan menggunakan produk yang sesuai dengan jenis rambut bagi mengelakkan rambut menjadi kusam, kering, tidak bermaya, keguguran dan berkelemumur. Bahan semula jadi menyihatkan rambutSejak kebelakangan ini terdapat pelbagai jenis produk penjagaan dan kesihatan rambut yang dihasilkan menggunakan bahan semula jadi. Ada yang dihasilkan menggunakan ekstrak buah-buahan dan herba. Bahan-bahan ini dikatakan berkesan untuk menyihatkan rambut dan mengatasi masalah kelemumur.

Ramai lelaki turut memilih produk penjagaan dan kesihatan rambut dari bahan semula jadi. Buah tembikai juga dipercayai mampu untuk menguatkan akar rambut untuk jadi lebih kuat dan ia juga boleh menghilangkan masalah kelemumur. Beberapa langkah yang sesuai untuk kamu lakukan dengan buah tembikai untuk memiliki rambut yang lebih kuat dan bermaya ialah:




  1. Selepas korang makan buah tembikai, jangan buang dulu kulit tembikai tu.

  2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai dengan menggosokkannya pada kulit kepala.

  3. Kemudian biarkan getah dari kulit tembikai itu meresap pada kulit kepala korang.

  4. Tunggu dalam 15 hingga 30 minit dan cuci sampai bersih.


cuba lah. kornag semua pasti akan puas dengan keputusanya.


credit to majalah maskulin

No comments: